Bermulanya aktiviti pendakian terletak pada gambar di atas. Gunung yang pertama yang didaki ialah Gunung Nuang. Boleh dikatakan setiap minggu aku dan Zool (gambar paling kanan) selalu melakukan aktiviti memancing, jadi memanjat gunung ni, takdalah "thrill" sangat. Memandangkan pengalaman kami mengharungi "tsunami" di Port Klang, memasuki lubuk - lubuk dan berhujan panas ketika memancing, sukan mendaki ni kami rasakan ala - ala masuk hutan je la.. Jadi, dengan berbekalkan pengalaman yang tipis mengenai pendakian, kami pun sepakat untuk menyertai ekspedisi mendaki Nuang yang dianjurkan oleh abang aku sendiri.. Dalam hatiku berkata, " alah, masuk hutan je, jalan2 kejap sampai la puncak"
Aku, zool dan emi mula menyiapkan peralatan untuk mendaki pada waktu malam.. Masa tu baru la aku mengetahui harga headlamp, beg hiking, baju yang sesuai, solid fuel dan makanan2 yang diperlukan.. Agak banyak la barang2 yang kami bawa dan baru kami tahu yang barang2 mendaki ni bukannya murah - murah.. Tup tap tup tap, hari Jumaat malam kami bergerak dengan menaiki kereta kancil zool.. Memang "happy giler" masa tu.. Ye lah kan sebab nak masuk hutan bersama rakan - rakan.. Sampai je dekat parking lot Nuang, kami terus mengambil gambar bersama "headlamp baru".. Gambar mesti amek kalo tak, tak adalah bukti kami mendaki walaupun first timer.. Kasut hiking yang aku pakai adalah kasut "Clark" yang aku beli time raya.. haha..
Selepas tu, kami pun mula trekking ke dalam melalui jalan balak.. Abang aku bagitau ada 5 checkpoint kat kem balak ni ( ayat yang aku gunakan sampai sekarang, ekeke ).. Masa mendaki tu aku cuma menggalas beg daypack yang biasa je tapi deritanya Ya ALLAH, memang perit gile.. Aku memang tak tipu masa tu aku dah nak pikir untuk berpatah balik tapi abang aku cam bese la ngan ayat psikonya, "Ko nampak pondok , nak dekat sampai la tu".. Aku dengan berat hati menerima pernyataan abang aku tu padahal dalam hati aku berkata ( haram jadah punya tempat, asal lambat nak sampai ni, beg aku ni nape berat sangat, asal korang laju sangat ni, ko tak tau ke aku tgh penat ) Akhirnya sampai jugakla aku ke Kem Lolo, campsite kami yang bersejarah.. Sambil memasang khemah, menghirup maggie dan memasak air teh o yang menjadi kegemaran ramai.. Aku ingat lagi ada akak sorang tu maybe membe abang aku leh lak"sound" aku sebab aku amek air teh o tak lap buntut gelas tu.. Yang buat aku marah tu, mestin tu kami yang punye dan teh o tu emi yang masak.. Dia pulak bleh menumpang minum dan sound lak kat aku.. huhu.. Tapi takpe, mungkin ada betulnya dia kata kat aku tu.. Dan di sini juga bermulanya episod "Gerimis di Lautan" yang membuka sejarah kepada aktiviti pendakian yang tak putus - putus ni..
Pada keesokannya, setelah "tidur tak tidur sangat" pada malam semalam, aku pun mendaki dengan kepancitan yang melampau, mengah tak berenti, skali rehat 20 minit untuk sampai ke puncak Nuang.. Memang aku da surrender dah time kat Puncak Pengasih.. Tapi mujurlah ada rakan yang sanggup menunggu dan mengetahui segala penat lelah aku iaitu emi.. Aku terhutang budi ngan ko mi sampai skang.. Zool memang fit dan laju ketika itu dan memang patut dia meninggalkan aku ketika mendaki.. "ko ni wan, naik sikit je nak berenti, kalo asek macam ni sampai bile ko nak sampai puncak!!" , sindir emi kepada aku.. Dalam hati aku memang nak penumbuk je muke emi tapi memang takleh wat apa sebab aku memang dalam kepancitan yang melampau.. Lagipun emi je yang sanggup tunggu aku, kalo takda dia, memang aku patah balik la.. Thanks emi, ko memang kawan terbaik huhu.. Akhirnya kami pun sampai puncak dan mengambil gambar bersama - sama..
Setelah sampai di puncak Nuang, aku dapat menyaksikan kejadian yang pertama kali dalam sejarah hidup aku iaitu seekor tupai yang dinamakan BOBOT.. Aku memang tak penah dalam hidup aku jumpa tupai gunung yang jinak dan menghulurkan tangan untuk meminta makanan.. "Diorang panggil nama binatang tu BOBOT ", ujar abang aku.. Di sini jugalah bermulanya sejarah penubuhan kumpulan kami yang dinamakan Bobot Adventures and Backpackers Team atau dikenali dengan nama BABAT.. Alhamdulillah..