Tuesday, June 9, 2009

kepelikan dan transformasi muzik bagiku..



Seperti yang terdapat dalam profile aku mengatakan muzik ini sebenarnya mengikut usia.. Terasa renjatan pada diriku yang aku sekarang suka sangat pada lagu2 lama.. aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpengaruh dengan lagu2 lama.. Tetapi aku mengambil beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tranformasi pada diriku ini..

Faktor yang pertama : Bapa aku suka sangat layan siaran klasik nasional dalam kereta

Faktor yang kedua : Member2 aku suka ajak pergi karaoke

Faktor yang ketiga : Aku mula merasakan peningkatan dari segi kematangan atau umur yang meningkat

Aku sebenarnya takdalah suka sangat untuk bercerita tentang sejarah.. Buku sejarah kat sekolah pun korang malas nak baca, inikan pula sejarah lagu dalam hidup aku.. Tapi aku terpaksa meneruskan juga untuk mengisi masa lapang yang membosankan ini..

Zaman sekolah rendah dulu memang tak boleh dikatalah kalau pukul 5.30 petang dengan pukul 7 malam rancangan yang paling best zaman 90-an tu ialah cerita Flashman dan Maskman.. Memang aku hafal semua senikata lagu.. Ditambah lagi dengan tambahan rancangan kartun robot kucing dari Jepun yang memang best.. Zaman ini memang zaman kebudak - budakan untuk aku atau sezaman dengan aku..

Tetapi pada zaman sekolah menengah pula, kita mesti terenjat dengan kemunculan band2 hip hop seperti Too Phat la, band luar negara seperti Eminem dan macam2 lagi.. Band hip hop ni sedikit sebanyak memberi impak kepada budak sekolah sebab pada masa itu mulalah muncul fesyen seluar "baggie", baju size xxl untuk pemakai yang bersaiz m, topi "full cap" dan segala jenis rantai2 seperti rantai anjing, kucing, malah rantai mak sendiri pun laku dijual.. Muzik hip hop ini kemudian ditentang oleh muzik2 ala "grunge" yang mula menempatkan diri di Malaysia.. Kemunculan band seperti Red Hot Chilly Pepper", "Nirvana", "Greenday" juga digilai ramai.. Dan timbul pula band2 ganas seperti skinhead, metal dan punk yang menyebabkan spotcheck besar-besaran di sekolah pada tahun millennium ketika itu..

Ada juga yang menganggap budaya hip hop adalah untuk orang2 kaya atau elit yang mementingkan gaya dan brand2 yang mahal walaupun beli kat pasar malam sekalipun.. Budaya "grunge" ini pula mementingkan keselekehan yang amat memandangkan imej yang sedikit kotor berbanding imej punk, skinhead dan blackmetal.. Kata member aku yang ala-ala "grunge" ketika itu, "Kalau tak mandi seminggu, baru la grunge sejati". Lantas aku membalas,"Kepala hotak bapakko berjambul, kalo ko tak mandi wajib mati katak bodo!". Mungkin terdapat sedikit kekasaran dalam bahasa ketika itu tetapi pada zaman persekolahan memang begitu cara percakapannya.

Imej punk dan skinhead pada masa itu mungkin agak teruk sekali. Pernah aku diceritakan bahawa "junior2" punk dan skin ni mesti makan sampah barulah mereka diterima sebagai ahli yang matang.. Aku sebenarnya kurang percaya dengan cerita ini tapi nak buat macam mana? Terpaksalah aku menjaga hati kawan.

Dan aku tak berapa ingat yang punk ke atau skin yang mempunyai "clan" atau kaum mereka yang ada simbol2 seperti " no sex", "no drug", "no smoke" dan apalagi tah.. Mereka juga mempunyai kawasan2 mereka sendiri seperti pada masa itu di Bukit Bintang untuk budak2 stokin@kasut merah dan di KLCC agaknya untuk berstokin@kasut hitam.. Kasut2 mereka mestilah original dari jenama "Converse" yang "cutting" high cut atau but hitam besar untuk mencuci jamban yang dicuri daripada ayah atau tukang cuci pun bolehlah..

Budaya "metal" ni aku pun malas nak cakaplah sebab korang semua pernah baca majalah Mastika kan.. Tapi yang aku tak puas hati tu, baju sekolah "Cantona 7" yang bergambar kartun "Limp Bizkit" pun Ustaz kat sekolah aku cakap ini bahan2 "blackmetal".. Habis semua barang2 yang dicurigai sebagai bahan "blackmetal" dirampas..

Alamak aku dah tersasar pula dari topik asal.. Baiklah, sebenarnya 4 jenama band utama(Hip hop, grunge,punk@skin, dan blackmetal) mempengaruhi aku sampai la ke menara gading.. Habis duit aku beli kaset Greenday, Metallica, Nirvana, Red Hot Chilly Pepper, Eminem dan macam2 lagi.. Ramai pelajar sama ada yang terpelajar mahupun yang kurang ajar meminati semua jenis kategori muzik seperti yang disebut di atas..

Apabila aku mula memasuki alam pekerjaan, masa yang lama menjadi singkat.. Masa yang singkat menjadi sesaat.. Memang tiada masa nak menjenguk komputer untuk mendownload mahupun mendengar lagu di radio.. Pandangan atau perspektif semasa kerja juga terpaksa diubah.. Daripada perangai yang "funky monkey" terus berubah menjadi orang yang matang, nak buka buku baru la katakan..

Jadi disebabkan pengaruh rakan sekerja yang berumur dalam 30 - 45-an, aku cuba mengikut rentak mereka.. Daripada percakapan sampailah kepada teknik2 pergaulan. Kadang2 mereka bercerita mengenai kehidupan selepas berkahwin, cerita tentang anak2 dan yang paling "favourite" bagi lelaki berumur ni ialah "nak kahwin lagi". Dan semasa kerja memang aku pegang pepatah "masa itu emas".Apa yang aku buat ialah sampai rumah pukul 11 tidur sebab "kalau tak tidur rugi sejam masa tidur".. Akan tetapi perkara yang sama pada jumaat dan sabtu malam berlainan caranya iaitu "kalau ko tidur rugila masa ko cuti, bukan selalu dapat cuti macam ni" Dan aktiviti yang sering dilakukan pada masa cuti ialah berkaraoke bersama rakan2..

Aku dapat merumuskan di sini faktor2 yang menyebabkan aku sukakan muzik2 atau lagu2 lama disebabkan oleh faktor kedua dan ketiga.. Tetapi faktor yang paling kuat aku rasakan ialah faktor ketiga iaitu peningkatan dari segi kematangan dan peningkatan umur.. Tapi itu yang aku rasa, tak tau pula korang rasa macam mana..

2 comments:

kerak nasi said...

Punk Not Death!!!!!!!!

Anonymous said...

bodoh,skarang minat band band indie.mampos pigila sama punk.