Wednesday, June 10, 2009

jalan - jalan untuk mencari makanan di Malaysia pilihan aku




Di sini aku meringkaskan lagi sejarah penemuan tempat - tempat makan menarik yang pernah aku kunjungi di sekitar Malaysia.. Sebenarnya, makanan atau hidangan yang sedap-sedap ni bukanlah terletak pada jumlah pelanggan tetapi pada citarasa atau tekak yang merasanya sendiri.. Pernah kawanku mengatakan bahawa dia merasakan mee bandung muar tidak sedap.. Rupa-rupanya seumur hidup dia tidak pernah mencuba segala jenis mee yang terdapat di Malaysia kecuali mee maggie.. Begitu juga dengan aku, aku sebenarnya tidak menyukai mee2 yang dikategorikan sebagai mee "besar" seperti mee goreng, mee laksa dan segala yang berkaitan dengannya.. Aku juga tidak menyukai kuey tiaw dan juga char kuey tiaw yang agak berkuah.. Pendek kata mee2 besar dan hidangan2 yang berkuah memang aku ludah2 ke tepi.. Tetapi seperti lagu2 yang boleh mengtranformasi diri aku, makanan juga menyebabkan aku terkena tempias transformasi ala2 Akademi Fantasia yang membosankan itu..

Punca2 transformasi ini adalah disebabkan pengaruh member2 yang memaksa aku mencuba makanan yang aku agak benci pada sebelum ini.. Bagi aku apabila seseorang yang memang tidak suka pada jenis makanan sejak azali tiba2 merasa semula makanan tersebut, dan dikatakan sedap pula makanan tersebut, maka makanan itu benar2 sedap.. Tapi pada pendapat akulah, tak tahu pendapat orang lain macam mana..

Aku mengkategorikan tempat2 makanan pilihan dan bukan pilihan aku sejak azali lagi untuk tatapan ramai.. Kategori bukan pilihan itu bermaksud aku memang tidak menyukai jenis makanan sebegitu sejak azali lagi tetapi apabila pertama kali merasakannya, aku sangat bernafsu untuk makan pada kali kedua.. Aku sertakan juga gambar2 kedai yang ada dalam hard disk aku, tapi kalau takda minta maaf la ya.. Agak2 kalau berdekatan tu sila2lah kunjungi.. Tengok macam mana tekak korang pula rasa..


Kategori pilihan





Nasi ayam pekan Changlun : Nasi ayam ni memang berdekatan dengan pekan Changlun kat Kedah dan simboliknya nasi ayam ni sebab berada di bawah jejantas.. Tengok gambar kat atas kalau tak percaya.. Kedai ini berdekatan dengan stesyen bas Changlun dan kalau korang nampak BSN cawangan Changlun dah dekatlah tu..






Nasi lemak Mak Long(2003-2004) : Nasi lemak kenangan Mak Long memang antara hidangan terlaris bagi pelajar2 Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun pada tahun 2003-2004.. Tempat ini memang betul2 depan Kolej Matrikulasi Kedah.. Tetapi sedih juga sebab mengenangkan Mak Long tidak lagi berniaga di sini sejak tahun 2006 ke 2007 dan aku diberitahu bahawa Pak Long atau suami kepada Mak Long telah meninggal dunia, Al-Fatihah..


Nasi Goreng Ayam Din Satay : Sebelum ini, gerai Din Satay terletak di tapak lama gerai makan di Seksyen 2, Shah Alam.. Yang mengiurkan bukan satay atau nasi gorengnya bukan juga pada ayamnya mahupun supnya tetapi pada sambal ayamnya.. Semasa menjadi pelajar universiti dulu kedai Din Satay memang kedai favourite aku.. Pernah sekali aku merasakan sambal ayamnya kurang sedap lantas aku memberitahu tokey kedai yang bercermin mata, dia kata tukang masak sudah balik ke Indonesia.. Sebulan aku dah tak jejak Din Satay sehinggalah tukang masak sampai Malaysia.. Sekarang Din Satay telah berpindah tempat ke tapak baru yang dah bertahun-tahun disiapkan.. Pelik sebab nama kedai Din Satay tapi yang sedap bagi aku nasi goreng ayam.. Maafla sebab tiada gambar, kalau aku free aku amek gambar..


Western Chicken Chop Black Pepper : Kedai makanan barat atau western ni memang dah lama aku kunjungi iaitu pada sekita tahun 2001 lagi sampai la sekarang ni.. Daripada hidangan chicken chop yang mempunyai mayonis dan coleslaw sampailah sekarang ni yang tiada benda2 ni dalam hidangan.. Tempatnya berdekatan dengan Taman Bukit Cheras dan korang akan nampak sign Western sekali dengan cop "jalan-jalan cari makan" pada papan kedai tu.. Hidangan yang special bagi aku kat situ ialah chicken chop black pepper.. Bila sekali dah datang, mesti datang lagi.. Tapi yang agak tak best sikit layanan daripada pelayan2 kat situ.. Dahla takda uniform dan lagak ala2 kedai tu diorang yang punya.. Itu je la yang slack sikit kot..






Sate mee bandung muar : Sate ni boleh dianggap sedap kerana kalau dibandingkan dengan sate Kajang bezanya 30 kali sedap sate muar lagi.. Kalau korang nak tau, sate muar ni memang tak perlu dimakan bersama kuahnya pun dah sedap.. Sate daging merupakan satay kegemaran aku di kedai ini.. Dan kedai ini merupakan kedai mee bandung yang paling famous dekat muar.. Nama owner mee bandung ni Abu Bakar Hanipah kalau tak silap aku.. Memang makanan ruji aku semasa berada di kampung.. Kalau balik Muar tak makan sate ni, mengidam la sampai ke tua oi.. Kedai ini terletak bersebelahan tokong cina, berhadapan dengan kedai cermin mata dan berdekatan dengan signboard "AXIS".. Kalau terlepas signboard ni maknanya dah terlepas la kedai tu.. Kedai ni terletak betul2 kat pekan Muar dan buka pada pukul 8 pagi - 4 petang sahaja.. Kalau terlambat melepas la korang..






Murtabak Singapore : Murtabak ni memang la lain daripada yang lain hatta kat pasar malam yang menggunakan nama "Murtabak Singapura" sekalipun.. Murtabak ni spesialnya mempunyai kandungan telur yang banyak, isi yang padat, dimakan untuk 3 orang sekali hidang dan taburan serunding yang enak di atasnya.. Resipi ni memang berlainan dari murtabak yang lain menyebabkan ia dimakan pada hari biasa walaupun selalunya murtabak ni laku pada bulan puasa sahaja.. Kedai ini terletak di Tanjung Agas selepas jambatan Muar dan berdekatan dengan stesyen minyak Shell kot kalau tak silap.. Kalau nak senang keluar dari pekan Muar melalui jambatan dan nampak traffic light pertama terus masuk kanan ke dalam stesyen minyak.. Lepas tu tanyalah petugas kat stesyen minyak tu mesti dia tahu punya sebab kedai tu sebelah stesyen minyak tu sahaja dan mempunyai signboard "Murtabak Singapura"..


Roti Canai Jalan Joned : Muar memang merupakan syurga makanan buat orang macam aku ni.. Roti canai hebat ni merupakan roti canai yang sedap mengalahkan kedai mamak.. Bentuk roti dia lebih kurang macam "roti boom" tapi aku tak tahulah peluh tangannya ke atau apa yang membuatkan roti canai tu sedap gila.. Kedai ni memang penuh kalau korang lambat datang.. Pernah aku melihat secara "live" seorang remaja berbangsa Cina melahap 5 roti canai ini dengan rakus sekali.. Kedai ini terletak di Muar, dan simbolik aku menamakan Roti Canai Jalan Joned kerana memang warung ni terletak di Jalan Joned, Muar.. Kalau korang nampak masjid ke surau kat Jalan Joned bermakna dekatlah dengan warung ni..






Ikan Bakar Ala Kasim : Di Melaka kedai ikan bakar tumbuh macam ulat sampah.. Akan tetapi, korang perlu men"survey"kan diri untuk mencari kedai yang paling sedap kat Melaka ni.. Tempat2 yang terkenal ialah di Serkam dan di Umbai.. Tetapi pernahkah anda merasa ikan bakar di Crystal Bay atau di pekan Alai kalau tak silap aku.. Sotong tepung antara yang menu popular agak sedap di kedai ini.. Lokasinya terletak di Alai dan korang akan nampak pintu gerbang Crystal Bay dan terus masuk mencari medan ikan bakar di sini..


Sebab cerita ini tentang makanan, aku akan tulis lagi dalam post yang seterusnya.. aku lapar la pulak, nak makan kejap..

No comments: